CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 23, 2008

Hukum Allah..

Semalam sempat jgk tgk berita cz x pkdai so xdalah leti sgt..biasanya x tgk la cz tido awal lebih2 lagi d sabah yg waktunya berbeza dgn semenanjung..skrg ni tgh hangat berita pasal PAS nk laksanakan hukum hudud jika memerintah negara dan sy begitu gembira pendirian PAS yg tetap dengan pendiriannya iaitu melaksanakan hukum hudud..

Sebagai umat islam, kita patutya berbangga & gembira dgn pelaksanaan hukum ini tpi apa yg menyedihkan sy ialah ada segolongan umat islam yg terang-terang menentang pelaksanaan hudud..kita siapa utk menentang hukum Allah???!adakah kita lebih hebat berbanding Allah shinggakan berani utk menentang hukum yg sememangnya sudah sempurna?beristighfarlah wahai umat islam yg sentiasa menentng hukum hudud..

semalam pihak TV3 cuba utk mengapi-apikan PR..sy msh teringat lagi kata2 pemberita TV3 yg mengatakan ucapan TGNA bakal memanaskan lagi keadaan..(x berapa ingat kata2 pemberita tu tp mksdnya hmpr samala)..bila dgr TGNA kata,xda pun kata2nya yg akan memanaskan telinga bagi sy kata2 beliau biasa je dan memang patut TGNA kata mcm tu..sy x phm apa yg dikatakan pemberita tu sbgi ucapan yg boleh memanaskan lagi keadaan..

Sy x kisah la psl DAP tu x suka hudud tp yg peliknya org islam sendiri x nk laksanakan hukum Allah ni yg pelik ni..seperti ada udang di sebalik mee..DAP x tau cmna hukum hudud tu dan sebenarnya mereka(non-muslim) xperlu risau pun ttg perlaksanaan hukum tu cz ia xkn digunakan keatas mereka(non-muslim)..hukum ni hanya utk org islam je..buat pe nk risau..

Apapun smoga mereka yg menentang diberi pengajaran & hidayah oleh ALLAH..

Selamat Pengantin Baru!!



Assalmualaikum w.b.t




Sebenarnya dh lama nk wish shbt/shbh yg telah melangsungkan perkhwinan tp x terwish2 pun cz cbuk cket..sy mengucapkan selamat pengantin bru kpada yun,k.adah,sya,k.key n a.taman cz selamat diijakabulkan baru2 ni..maafla cz x dpt dtg.apapun smoga kalian berbahagia hingga ke taman syurga..InsyaAllah..amin ya Allah..




Teruskan Perjuangan kita yg belum selesai..

Tuesday, September 23, 2008

Selamat Hari Lahir

Assalamua'laikum..

Lagu ni ku tujukan kpd suma yg sama befdy dgn aku ari ni..terimalah..

oleh: Saujana
Selamat Hari Lahir
Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai Tanda Sokongan
Kususuri Perjalanan Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku
Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan
Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya Atas Nikmat Usia
Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu
Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir
Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup Haruman Syurgawi

Monday, September 22, 2008

Rintihan hati seorg rkyt...

Assalamuala’laikum dan salam ramadhan..

Moga2 Allah memberikan kita kebaikan dunia dan akhirat..
Kali ni, aq berpeluang utk surf internet setiap hari cz skrg ni aq berada di rumah kakak aq..Selalunya, aq akan melihat berita2 terkini berkaitan politik tanahair dan web yg selalu aq lawati adalh Malaysiakini,tranungkite dan harakah.bila aq baca je berita2 yg disiarkn, aq sentiasa risau..aq juga org islam dan rkyat Malaysia yg mana inginkan keamanan & ketenteraman.tetapi aq terkilan dengan sikap pemimpin kita yg terlalu mementingkan diri sehingga mengabaikan hak rakyat..aq terfikir apakah ini dia contoh pemimpn utk generasi akan dtg???terus-teranglah aq katakan yg sebenarnya aq tidak suka cara sesetengah pemimpin terutamanya from U Means Nothings..dari sekolah menengah lagi aq x suka..selain dari sebab mereka ni x perjuangkn ISLAM,mungkin juga sebab wakil mereka di tempatku tu langsung x mempedulikan kami dan hanya turun padg bila dekat PRU je..aq melihat sendiri bagaimana keadaan kg kami yg selama bertahun2 diperintah oleh mereka ni tapi xda perubahan langsung yg dibuat..klu soal kebajikan pun mereka ni xdpt nak handle, soal agama lagilah susah nk handle..tp bapa aq still lgi menyokong mereka ni. aq xtau nk bagitau cmna lagi supaya beliau fhm..hmmm.Apapun aq mengharapkan perubahan dalam pemerintahan negara dan harapnya akan lebih baik berbanding sebelumnya..

Berbalik kpd psl kerisauanku tadi, aq melihat ISA itu satu kezaliman.tidak sepatutnya ISA digunakan oleh mana2 pihak kerana ia menggambarkan kekejaman dgn menahan seseorg tanpa bicara..ini juga boleh memburukkan lagi imej org islam kerana org yg menggunakan ISA tu, pemimpin negara yg mana dia juga adlah org islam..inikah yg dinamakan ISLAM HADHARI?!itu tidak bertamadun namanya..kerisauan yg seterusnya, berkaitan pemimpin islam yg bertelagah sesama sendiri dan ini sebenarnya memberi keuntungan kpd non muslim..bila islam nk maju klu asyik bertelagah je..aq cdg baik masalah ni diselesaikan shj dgn bergabung di bawah pimpinan ulama’?kan bagus..hehe..

Apala ada pada bangsa yg nk diperjuangkan..islam kan dh cukup sempurna.cukuplah kita memperjuangkan islam.tak kisahlah perjuangkan hak org melayu ka,cina ka, india, dll, yang penting org tu org islam.x payah susah2 fikir pasal perpaduan cz dalam islam sendiri terdapat berbagai2 bangsa yg bersatu..tp aq hanyalah rkyt Malaysia yg x mampu utk menegur mereka di atas dan hanya dapat meluahkan perasaan yg terbuku di hati dlm blog ni je..inilah susahnya jika kita xda kebebasan bersuara menyebabkan kemajuan sukar di capai..klu menentang cket,kita di label pembangkangla, x bersyukur la..apa la..then msuk ISA..hmm..apapun aq mengharapkan perubahan dalam pemerintahan negara dan harapnya akan lebih baik berbanding sebelumnya..

Sempena bulan ramadhan yg mulia ni, sama2 la kita berdoa agar semua gerakan2 islam berjaya memartabatkan syariat islam di seluruh negara. Diingatkan kpd diri ku sendiri dan pejuang2 islam utk tidak bertelagah sesama sendiri dan elakkan menyintai dunia utk menjayakan cita2 utk memartabatkan islam..Semoga Allah SWT memberi kita pertolongan dan petunjuk..

p/s:Kepada semua shabt/shabiah, teguran dan nasihat daripada kalian utk diriku yg dhaif ini amat2lah diharapkan agar aq bisa menjadi lebih baik.Wassalam..

Thursday, September 4, 2008

::Doa Yang Paling utama di malam Qadar::

Doa yang paling utama di malam Qadar
dipetik dari tazkirah ramadhan oleh Ustaz Harun Din.


Seperti yang saya sebutkam dipermulaan tadi “Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yughfarulah”, Memang hairan orang yang dapat hidup sampai Ramadan ini, tetapi dosa dia tidak diampun.

Kalau malam ini malam Qadar, fokus kita selalunya memanglah nak minta hal-hal keduniaan. Kalau kita dapat rasakan dalam perasaan dalaman seorang insan kecil hamba Allah ini apa yang hendak kita mintak di malam Qadar? Saya rasa orang tidak begitu berminat untuk minta supaya diampunkan segala dosa, mereka akan minta yang lain pula, minta saham naik, perniagaan laris, dapat kahwin lagi dua, kaya, mesti pilihan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, sedangkan “Wallah yuridul akhirah”. Allah dan RasulNya lebih mengutamakan penghidupan akhirat itulah yang paling mustahak sekali.

Selama ini pun kita tidak tahu bahawasanya terampunkah dosa-dosa yang telah kita buat? walaupun kita rasa macam dosa itu Allah telah ampunkan.

Ada peluang yang macam ini iaitu malam Qadar atau berpeluang berjumpa dengan orang-orang yang konfirm macam tadi iaitu doa-doa mereka makbul seperti orang-orang yang soleh dan seumpamanya doa yang paling utama dan besar diminta ialah minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita.

Bukan kata orang lain sebagai contoh besar, hatta nabi yang dikatakan “Ghoforollah hu mat taqadaman”, Allah ta’ala ampunkan dosa dia yang telah lalu (jika ada) dan juga ampun untuk yang akan datang.

Tetapi kenapa nabi masih berdoa kepada Allah tiap-tiap hari tidak kurang dari seratus kali iaitu “Astagh firruka humma waatubu ilaih”. Sehari seratus kali , sembahyang baginda, berdoa panjang-panjang sampai dikataka juga (hadith Aisyah) sampai bengkak kaki nabi. Sampai Siti Aisyah berkata kepada nabi, “Ya Rasulullah, kenapalah sampai kamu teruk-teruk beribadah hingga bengkak kaki, sembahyang lama-lama, menangis lama-lama, tidakkah Allah telah ampunkan dosa kamu dahulu dan kemudian?”. Nabi menjawab “Kalau demikian adanya mengapa aku tidak menjadi hamba yang bersyukur”.

Syukur maknanya melakukan ibadah kepada Allah swt. Inilah yang saya katakan tadi, datanglah sistem yang Islam kemukakan kepada ummah, seluruh aktiviti-aktiiti ibadah, penumpuan kepada persiapan-persiapan yang dikatakan “Wa tazau wadu” kesemuanya ditujukan ke arah pembersihan diri, hati, akal dan budi daripada yang dipanggil “al-khush” (yang tidak baik).

Al-Quran memberikan satu analogi iaitu Bumi kalau sudah cantik dan subur dia mudah menumbuhkan pokok-pokok yang bermanfaat dan bagi bumi yang kotor (bagi maksud tidak sesuai ditanam tumbuhan) seperti tempat berbatu dan berpasir, tanam apapun tak tumbuh, kalau tumbuh pun dia tak jadi seperti tempat yang lain.

Maksudnya sama seperti insan, kalau yang disimpan dalam diri kita ini kotor (benda yang jijik) maka tidak akan keluar melainkan yang kotor juga. Kalau dalam diri kita baik, dia akan menumbuhkan yang baik, amal dia baik, kata-kata dia baik, akhlak dia baik, muammalah dia baik dan dia dikatakan orang yang baik.

Allah itu baik, Dia tidak terima amalan melainkan amalan yang baik juga. Sebab itu dari awal Islam datang dah ada sistem seperti contoh ayat-ayat al-Quran yang awal turun surah Al-Mudatsir, firman Allah yang bermaksud “Wahai orang-orang yang sedang tidur, bangunlah kamu beri peringatan kepada manusia (maknanya bergerak dalam satu wadah perjuangan, mengerakkan jiwa diri sendiri dan jiwa insan) dan kepada Tuhanmulah kamu wajib membesarkanNya, jangan mengagungkan yang lain, agungkan Allah swt. sahaja.

Caranya diberikan beberapa analogi seperti apa yang kamu pakai iaitu pakaian biasa, rumah tempat tinggal, kereta yang dinaiki dan apa sahajalah mestilah yang bersih, kamu kena sucikan dia. Sebab ini sangat kena dengan ayat yang nabi hayati. Diantara pakaian yang nabi suka pakai ialah pakaian putih yang melambangkan suci dan bersih. Walaupun kadangkala nabi pakai warna merah dan hitam didalam peperangan tetapi yang paling nabi sukai ialah warna putih.

Sebab itu kita lihat, pakaian haji putih, kain kafan putih (tak pernah nampak lagi kain kafan warna hijau, kain kafan biru lagi tak pernah nampak). Ditempat saya masjid-masjid gunakan kain putih sebagai alas tempat sujud. Serban umumnya putih. Serban nabi putih kadangkala ada yang hijau.

Apabila diluar memakai pakaian putih bersih maka didalam diri perlu buang segala kekotoran. Islam mengajar agar diluar bersih sehingga kedalam diri juga bersih. Kalaulah inilah yang nabi buat dari pada mula memanglah bulan Ramadan ini yang utama ialah untuk membersihkan diri.

Dengan puasa yang kita buat, malam kita bertarawih, berdoa secara bersistematik dari awal ramadan sampai akhir ramadan iaitu doa;

“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni”
(maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).

Kalau dibuat setiap malam dari awal ramadan sampai akhir ramadan pastilah kita jumpa dengan satu malam yang mana malam ini ialah malam Qadar. Sebab dia pasti datang setiap tahun dibulan ramadan. Kalau kena malam itu maka sampailah tujuan tadi kita dapat memohon daripada Allah swt. minta yang paling berharga iaitu bermohon agar Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita. Kalau bertemu demikian kita sampailah kepada matlamat tadi iaitu “La’al lakum tat takun” dengannya kamu bertaqwa, dengannya kamu sampai kepada matlamat yang dikatakan tadi.

“Ya ‘ajaban”, memang menghairankan orang yang sempat datang Ramadan kepadanya dia tidak manfaatkan ramadan itu untuk Allah ampunkan semua dosa-dosanya.

Semua krisis-krisis dunia, semua masalah yang insan hadapi didunia, yang kita hadapi hari ini dalam semua masalah, pergaduhan, hutang yang banyak, akan berakhir bila orang itu mati. Kita berjanji dengan orang, bertelagah, bergaduh, semua krisis-krisis dunia ini kepada seorang insan dia habis bila dia mati.

Tetapi krisis dosa dengan Allah ta’ala khasnya krisis keimanan, krisis kerana kita menyimpan dosa yang melibatkan iman dan sebagainya, didunia dia tidak menampakkan masalah tetapi sebenarnya ia akan bermula apabila telah hampir nak mati, masuk kubur lagi masalah, alam barzakh lagi masalah, sampai kepada alam mahsyar lagi bermasalah puncanya balik kepada dosa tadi.

Sebab itu nabi telah bagi satu garis panduan yang cukup senang kita faham. Kita tidak disuruh minta dimalam Qadar supaya turun emas dari langit, minta agar dikasihani oleh semua orang, minta agar dijadikan ketua selama-lamanya, untung berniaga, bukan itu yang patut diminta. Sebaliknya nabi bagi contoh kalau ini dapat kamu capai walaupun dunia kamu susah sekejap tetapi kamu akan berakhir krisis dunia ini bila kamu mati.

Jika kamu ada dosa ini mati bermula suatu penghidupan yang perit, malah dari sejak nak mati sekalipun sudah bermula, sampai kepada peringkat orang-orang yang “Zalimi an fusu hum” orang-orang yang menzalimi diri mereka dalam kehidupan ini kerana membiarkan dosa, banyak melakukan dosa, tidak cuba untuk membuang dosa, bila nak mati akan datang malaikat kepada mereka dengan pemukul untuk pukul muka, belakang hingga ke punggung mereka. Ia bermula daripada nyawa nak keluar, tergantung-gantung diantara langit dan bumi, diantara barzakh dengan tidak barzakh, masuk kubur terseksa.

Sebab itulah nabi nak lepaskan kita daripada seksaan ini semua, nak pastikan kepada isteri dia Siti Aisyah pun berpesan “Kalau kamu dapat malam Qadar jangan minta yang lain selain daripada minta supaya diampunkan Allah segala dosa”.

Ingatlah juga ketika nabi berpesan kepada orang yang dia sayangi iaitu Umar (bapa mertuanya) dan Ali (menantunya) kalau kamu berjumpa dengan Uwais al-Qarni mintalah supaya Allah ampunkan segala dosa kamu. Begitu juga nabi berpesan kepada sahabat-sahabat yang lain supaya bermohon supaya Allah ampunkan segala dosa.


Oleh : Ustaz Harun Din

Sunday, August 31, 2008

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan..

Assalamua'laikumwarahmatullah..

Selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua muslimin n muslimat..semoga ramadhan kali ini lebih baik than sebelumnya..sama2la kita menghidupkan bulan ini dgn amalan2 yang dapat menambahkan saham kita di akhirat nanti..insyaAllah.

Tuesday, May 27, 2008

RINTIHAN HATI INSAN

Malu rasanya menyatakan cinta,
padaMu Ya Allah,
padaMu Ya Rasulullah,
Kerna kekhilafan diri,
Serta keterlanjuran diri,
Hanyut dibuai nafsu duniawi.



Hati ini sering tertanya,
“Masihkan ada ruang,
UntukMu menerima taubatku,
Untukku menggapai redhaMu,
Untukku menghuni jannahMu,
Sedangkan dosa yang kulakukan,
Bukanlah gambaran seorang insan”.

Ya Allah,
Janganlah Engkau palingkan hati ini,
Setelah Engkau beri hidayah,
Engkaulah yang berkuasa membolak-balikkan hati,
Maka tetapkanlah hatiku ini,
Di atas landasan agamaMu yang benar.


Ya Allah Rabbul Izzati,
Luangkanlah untukku kesempatan,
Berikanlah aku peluang,
Untuk berbakti kepada agamaMu,
Untuk menyambung syiar dakwah rasul,
Agar Islam yang tercinta,
Tetap gemilang di dunia yang fana.

Sunday, May 18, 2008

LaGu ni DitujuKan Khas Buat sahabat/sahabiah yang tersayang..lirik je la ye..lagu xdak..

-NOSTALGIA-

Terkenang sebuah memori lalu..

kisah pershabatan kita bersama.

didalam satu pengajian menuntut ilmu dan pengalaman..

mengingatkanku pengorbanmu..terpahat padu di kalbuku..

bersama rakan taulan dan guru..

tawa riangmu menghiburkan hatiku..

indahnya suasana ketika terjalin ukhuwah sejati..

nasihatmu sungguh bermakna bagiku mengenalkanku erti kehidupan

susah payah hadapi bersama itulah asam garam kehidupan..

Ya Tuhanku..

tabahkan hatinya kuatkan semangatnya utk menghadapi hidup

limpahkanlah maghfirah dan kasih sayangmu.

Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat....

..........

..MoGa UkhuWah YanG terBina Kekal SelaManya..

::TauBat SeoRanG HamBa::

Hati hitam mengenangkan dosa2 yang kulakukan.

oh tuhan maha kuasa

terima taubat hamba berdosa.

ku akui kelemahan diri

ku insafi kekurangan ini

ku kesali kejahilan ini

terimalah terimalah terimalah taubatku ini.

telah aku merasakan derita jua dan perasaan

kerna hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

ku akui kelemahan diri

ku insafi kekurangan ini

ku kesali kejahilan ini

terimalah terimalah terimalah taubatku ini.

di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima.

ku akui kelemahan diri

ku insafi kekurangan ini

ku kesali kejahilan ini

terimalah terimalah terimalah taubatku ini.

Monday, May 5, 2008

ermmm....

..Dah lama x update blog..buka blog ni sekadar melawat shbt/ah..hehe.skrg ni xda mood nk menulis..InsyaAllah after rasa selesa sy update smula blog ni..

Thursday, April 17, 2008

luahan perasaan...

Rindunyerrrr....with my Family!!!ya Allah kuatkanlah hambaMu ini untuk meneruskan perjuangan yg blum selesai..Amin ya Rabbal alamin..

Thursday, March 20, 2008

::VIRUS-VIRUS UKHUWAH ::

VIRUS-VIRUS UKHUWAH by Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah

1. TAMAK AKAN KENIKMATAN DUNIA

2. LALAI MENJALANKAN IBADAH DAN MELANGGAR TUNTUNAN AGAMA

3. TIDAK SANTUN DALAM BERBICARA — Contoh Gaya Bicara yang tidak Etis

a. Berbicara dengan Nada Suara yang Tinggi atau Menggunakan Kata-Kata yang Kasar

b. Tidak Mendengar Sarannya, Enggan Menatapnya ketika Berbicara atau Memberi salam, tidak

menghargai Keberadaannya

c. Bergurau Secara Berlebihan

d. Sering Mendebat dan Membantah

e. Kritikan Keras yang Melukai Perasaan

4. SIKAP ACUH

5. MENGADAKAN PEMBICARAAN RAHASIA

6. KERAS KEPALA, ENGGAN MENERIMA NASIHAT DAN SARAN

7. SERING MEMBANTAH, BERBEDA SIKAP DAN HOBI, BERSIKAP SOMBONG DAN

KASAR

8. MEMBERI TEGURAN DI DEPAN ORANG LAIN

9. SERING MENEGUR, TIDAK TOLERAN, CENDERUNG NEGATIVE THINKING,

ENGGAN MEMAAFKAN

10. MUDAH PERCAYA TERHADAP HASUTAN ORANG ORANG YANG MENGADU

DOMBA DAN MEMENDAM DENGKI

11. MEMBUKA RAHASIA

12. MENGIKUTI PRASANGKA

13. MENCAMPURI MASALAH PERIBADI

14. EGOIS, AROGAN. TIDAK BEREMPATI DENGAN PENDERITAAN SAUDARA, DAN

TIDAK MEMPERHATIKAN MASALAH SERTA KEPERLUAN-KEPERLUANNYA

15. MENUTUP DIRI, BERLEBIHAN, MEMBEBANI, DAN MENG-HITUNG-HITUNG

KEBAIKANNYA KEPADAMU

16. ENGGAN MENGUNGKAPKAN PERASAAN CINTA, MENUNJUKKAN INDIKASI

ATAU HAL-HAL YANG DAPAT MENYUBURKANNYA, DAN ENGGAN MEMBELA

SAHABAT KETIKA DISEBUT AIBNYA

17. MELUPAKANNYA KERANA SIBUK MENGURUSI ORANG LAIN DAN KURANG

SETIA

18. SUKA MENONJOLKAN KELEBIHAN PRIBADI, MENCARI MUKA DI DEPAN OBJEK

DAKWAH [MAD'U], DAN INGIN MENGUASAI MADU’ DENGAN CARA

MENUNGGANGI SAHABAT

19. MENGINGKARI JANJI DAN KESEPAKATAN TANPA ALASAN YANG KUAT

20. SELALU MENCERITAKAN PERKARA YANG MEMBANG-KITKAN

KESEDIHANNYA DAN SUKA MENYAMPAIKAN BERITA YANG MEMBUAT RESAH

21. TERLALU CINTA

From bahantarbiyyah.com

Marilah kita sama-sama muhasabah diri..adakah kita mempunyai virus2 ni..jika ada, pastikan anda mendapatkan anti-virus secepat mungkin dan delete virus tersebut sebelum ia merosakkan sistem2 dalam badan kita seterusnya merosakkan connection kita dgn org lain..Moga2 kita dapat dapat anti-virus yg terbaik..klu ada yg dah dpt 2, jgn lupa sebar2kan..

syukran...:-)

Monday, March 17, 2008

..tahniah & PeringaTan..



Tahniah kepada suma parti2 di M'sia yg telah menang..kepada parti pembangkang yg telah mencipta sejarah dalm PRU kali ni,tahniah sekali lagi..jalankan amanah yg telah diberikan dengan sebaik-baiknya..kami sebagai rakyat Malaysia akan sentiasa memerhatikan kalian sebagai wakil rakyat kami..so buatlah yg terbaik..kepada yg kalah, teruskan juga kerja2 anda dan banyakkan muhasabah diri..

"SeLamaT MenJalankan TuGas Masing2"

Tuesday, March 4, 2008

JoM MengUNDI!!!

8 Mac 2008
penentu sapa yg bakal memimpin kita!!
MaRIlah kItA Beramai2 p NguNdi..kita MerriahKan lagi suasana PRU ke-12 ni..dan Kalu ada GHOST, kita halau dorg dgn ParanG..hehe. cz Hantu ni len cket xleh nk haLau Guna Ayat2 Al-Quran..

UNDILAH PARTI YG MEMPERJUANGKAN ISLAM!!!

Oh Malaysiaku..


Baru2 ni sy p satu kedai..tgh2 beli brg,tetiba je pkcik kt kedai tu cakap pasal Timbalan Ketua Polis Negara. Rupa2nya, pkcik tu tgh tgk TV1(x ingat rancgan pa)..pkck tu pun mengata la kt polis tu... “Dia yg wt kecoh, org len biasa je.xda wt pa2 pun”. Then sy pun teringatlah, pkck ni mesti kata pasal perhimpunan BERSIH..dan dia kata, Malaysia ni dh teruk sgat2 dah cz suma dibawah kuasa Kerajaan. Bidang yg sepatutnya xda campurtangan mana2 pihak pun kerajaan yg kuasai .cnthnya,bidang kehakiman…satu2nya tempat utk menuntut keadilan telah dicerobohi oleh org2 yg x sepatutnya..memang x patut!!

Apa nk jd dgn Malaysiaku nie..ermmm. teringat plak kata shbt sy“Baik p Palestin berjihad dri duk kt Malaysia ni”..ni menunjukkan dia dh geram sgt dgn keadaan Malaysia skrg ni..sy pun dh penin dh..hehe..

Allah SWT dh bgi panduan tp xnak ikut..yg nk diikut,org barat jgk..kn Allah Maha Berkuasa, tp knp system yg manusia buat jgk dipilih,yg sememangnya lemah??x fhm langsung la dgn dorg ni..org islam, tp xnk kepada system pemerintahan islam malah nk menentang islam plak..

Perbandingan Malaysia ni samala seperti org yg tgh sakit tp doktor beri ubat utk penyakit yg bukan utk mengubati penyakit org tu ..cmna nk sembuhhhh!!!..

Sokong Parti @ CaloN???

Ramai yang keliru sama ada nk sokong Parti ataupun calon?misalnya la kn, kt Parlimen, calon yg bertanding antara A & B. Calon A ni bertanding utk parti yg memperjuangkan Islam dan Calon B ni plak, bertanding utk parti yg x mprjuangkan islam. Antara kedua2 calon ni, Calon B ni mempunyai kredibiliti yg tinggi dan lebih baik berbanding calon A. so, nk ngundi sapa?Calon A@B?

Dalam hal ni, kita kena fhm dan jelas tentang keadaan ni..tp bg yg x fhm 2, cubalah tanya pada yg pakar ya…kt cni,sy just menyatakan pendapat sy. Bagi sy, klu dalam situasi begini, oleh kerana negara ni menentukan parti mana yg akan memerintah berdasarkan berapa bil.kerusi yg menang, so as a muslim, kita kena pilih Parti yg memperjuangkn islam bukannya calon yang bertanding..memanglah calon tu pun penting jgk tp jika kita menambahkan bilangan kerusi bg parti yg x sepatutnya dan jika kerana itu,parti tu yg dpt memerintah,alamatnya kita tak kan dapat membina khilafah islamiyyah kerana dasar yg diperjuangkan bukanlah Al-Quran dan As-Sunnah..so fikir2kanlah…

Semoga kali ni ada perubahan yg lebih baik..dan diharap xde penipuan yg lebih besar akan berlaku. Firman Allah SWT:

“Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.”

(Surah Al-Baqarah:ayat 9-12)

Inilah golongan yg berusaha apa sj utk mengelakkan islam menang. So berhati2lah dengan golongan seperti ini kerana diakhirat nanti golongan munafik ni lah yg akan menghuni neraka yg paling bawah sekali..mudah2an kita tak tergolong dlm golongan ni ya..na’uzubillah min zalik..

Friday, February 15, 2008

teka-teki dh terjawab..

semalam PM mengumumkan parlimen dh bubar..maka terjawabla persoalan yg dh lama bermain di kepala setiap rkyat malaysia..so kepada semua umat islam, bantulah utk memenangkan islam..pilihlah parti yg boleh merubah kehidupan rkyat kepada yg lebih baik.walaupun undi adalah rahsia, tetapi kita berhak memilih siapa yg layak utk memimpin kita. ingat Allah walau di mana shj berada cz setiap perbuatan kita akan dibalas x kira sebesar mana pun..

BEKERJA UNTUK ISLAM!!!

Thursday, February 14, 2008

God Loves Me!!



oleh : Nadirsyah Hosen

Apa makna Tuhan bagi seorang pemabuk?

Dua minggu lalu saya baru menyadarinya. Seorang rekan bule saya bertanding tenis meja dengan saya. Dalam timnya, dia merupakan pemain urutan kedua, saya sendiri pemain nomor satu dalam tim saya.

Udara dingin kota Armidale tidak menghalangi serunya pertandingan saat itu. Mike, rekan saya tersebut, dengan mudah saya kalahkan pada game pertama. Tiba-tiba dia bangkit kembali di game selanjutnya, sehingga memaksa dilakukan game ketiga.

Di saat kritis, bola dari si Mike bergulir tipis sehingga sulit saya jangkau. Pada saat itulah Mike berteriak, "God loves me!" Saya kalah. Dan Mike tersenyum sambil mengatakan, "Tuhan mencintai saya!"

Setelah itu saya dekati Mike. Dia dengan enteng kemudian berkata, "Ada sebuah lagu populer....Tuhan mencintai anjing kecil, anak kecil dan para pemabuk." Mike, yang saya tahu memang gemar menenggak minuman keras, melanjutkan lagi, "Malam ini sebelum bertanding saya sudah minum dua gelas wine."

Saya terkejut. Bukan karena memang saya mencium aroma wine dari mulutnya, dan juga bukan karena sulit menerima kenyataan bahwa seorang pemabuk mampu mengalahkan saya, akan tetapi saya terkejut karena teringat kembali teriakan Mike, "God loves me!"

Bagaimana mungkin seorang pemabuk dicintai oleh Tuhan?

Pertandingan berikutnya telah menjawab rasa terkejut saya. Dalam pertandingan ganda, Mike dan pasangannya menelan pil pahit dan kalah dengan mudah. Saat itulah saya mendengar Mike sekali lagi berteriak, namun kali ini isi teriakannya penuh dengan kata-kata kotor. Rupanya dia kesal dengan kekalahannya. Tuhan tidak lagi disebut dalam kalimatnya.

Jangan-jangan inilah makna Tuhan bagi seorang pemabuk seperti Mike. Tuhan disebut ketika dia mendapat sesuatu yg baik, dan Tuhan dilupakan pada kejap berikutnya ketika dia mendapat kemalangan.

Lambat laun saya teringat bahwa jangan-jangan kita selama ini beragama dengan cara seperti seorang Mike memandang Tuhan. Kita puji Tuhan ketika kita mau, dan kita lupakan Dia ketika kita mau.

Ah.....tampaknya pertanyaan di awal tulisan ini perlu diganti dengan: "Apa makna Tuhan bagi kita?" Bersediakah kita mengingat Tuhan dalam suka dan duka? Banyak ayat suci menggambarkan masalah ini, diantaranya Qs al-Fajr: 15-16

Tak disangka, saya bukan saja kalah bermain tenis meja dari si Mike yang pemabuk itu, namun saya juga belajar memandang makna Tuhan gara-gara si Mike itu!

al-Haq min Allah!




Tuesday, January 29, 2008

18 Muharram..dengan adat Bugisnya


Assalamualaikum...

Klu ikut kalender hijrah,18 muharram adalah befday sy dan setiap kali menjelang bulan muharram,family sy akan menyambut befday sy dgn mbuat kenduri mengikut adat org BUGIS..hehe..sy pun x tau utk apa..masa zaman kanak2 dulu,rasa seronokla setiap kali tiba bulan muharram.tp bila sy dh besar n tau sebenarnya adat 2 terlalu banyak unsur2 kurafat, jd sy mula x suka setiap kali fmly sy nk menyambutnya..dan sy pernah menangis disebabkan fmly nk jgk menyambutnya.sy x suka 2 cz ada satu perkara yg sy betul2 xleh nk terima tp ni xleh cerita cz secret sgt2.sori..hanya org yg rapat dgn sy je bleh tau.masa 2 sy memang xleh buat pa2 cz sy xda kuasa.sy rasa sedih sgt cz xda org yg ingin membela sy…L

Alhamdulillah sy x berfikir pendek time 2 klu x dah lama sy larikan diri.fmly sy ni sgt kuat berpegang kpd adat so sgt susah utk mengelak.bak kata pepatahla katakan, “biar mati anak jgn mati adat”.sapa ntah yg buat pepatah ni..x pasal2 aku kena….sambung cerita.dan sekarang ni,sy berada jauh dgn fmly so,xdptla fmly nk menyambutnya..hehe.tp xtaula bila sy blik nanti sama ada adat ni diteruskn atau x..minta2la fmly dh lupakan pasal adat ni.

Ni lah masalahnya bila pengetahuan tentang agama xda.klu nk tau satu rahsia, kt kampung sy 2 majoriti islam tp majority jgk yg x sembahyang dek kekurangan org yg ingin mengajar tentang agama….ni bukan nk mengumpat tp nk bagitau kebenaran.sy pun tgh berfikir cara penyelesaian yg effective yg boleh diterapkan di kampung sy 2..Sy nk minta tlgla sahabat2 yg mempunyai cadangan ataupun yg sudi menyumbangkan tenaga utk menyebarkan dakwah..

Sebenarnya sy cemburu tgk negeri Kelantan dan Terengganu cz kedua2 negeri ni mempunyai tok guru yg sgt dihormati dan rugilah rkyat kelantan n terengganu yg mensia-siakan org2 yg berilmu dan beragama.begitu jgk dgn negeri lain ya..

Monday, January 14, 2008

JaWapaN kepada KeluHan.....

Keluhan 1: Kenapa kami tidak dapat apa yang kami idam-idamkan?

Jawapan Dari Al Quran: Surah Al Baqarah ayat 26: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

Keluhan 2: Kenapa kami kecewa?

Jawapan Dari Al Quran: Surah Ali Imran ayat 139: “Janganlah kamu bersifat lemah dan janganlah kamu bersedih hati. Padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman”

Keluhan 3: Bagaimana harus kami menghadapinya?

Jawapan Dari Al Quran: Surah Al Baqarah ayat 45: “Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sembahyang itu amatlah berat kecuali orang-orang yang khusyuk”

Keluhan 4: Tapi kami tidak dapat tahan!

Jawapan Dari Al Quran: Surah At Taubah ayat 129: “Cukuplah Allah bagiku. Tiada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal”

Surah Yusuf ayat 12: “… dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”

Surah At Talaq ayat 65: “Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah [dengan mengerjakan segala suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya] nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar [dari segala yang menyusahkan] serta memberi rezeki dari jalan yang tiada terlintas dihatinya. Dan ingatlah, sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah maka Allah cukupkan baginya [untuk menolong dan menyelamatkannya] . Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu”

Sunday, January 6, 2008

sang wirawati...


Cuba kita renung kejadian kita..pernah x terfikir betapa beruntungnya kita dijadikan sebagai manusia..bayangkan klu kita seperti sang wirawati ni..perasan x ada riak kesedihan n kesunyian di wajahnyaJ..klu nk tahu,wirawati ni hidup bersendirian di suatu tempat yg cuma ditemani oleh beberapa ekor lembu yg kdg2 ada kdg2 xda,seekor lagi kucing dan org disekeliling yg kurg m’hiraukannya..sy pernh terfikir tau,klulah sy berada di tempat kucing 2, xtaula mesti boring sgt2..L.alhamdulillah sy mempunyai family n sahabat2 yg banyak memberi dorongan dan kasih sayang..so,hargailah org disekeliling anda dan sayangilah mereka walaupun mungkin ada perlakuan yg mengguris hati kita dan jgn ada perasaan benci-membenci..cubalah utk melihat kebaikan org lain pada kita dan jgn asyik melihat keburukan yg dilakukan thdp kita..klu nk m’hilangkan rasa x puas hati kita terhdp seseorg, sentiasalah mendoakan org yg kita rasa x puas hati dgnnya, agar bersama2 mendapat hidayah..i’Allah perasaan 2 akan berubah menjadi sayang..bunyinya memangla agak sukar tp sebenarnya xdala sesukar yg anda fikirkan!..cuba jgn x cuba..