CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 23, 2008

Hukum Allah..

Semalam sempat jgk tgk berita cz x pkdai so xdalah leti sgt..biasanya x tgk la cz tido awal lebih2 lagi d sabah yg waktunya berbeza dgn semenanjung..skrg ni tgh hangat berita pasal PAS nk laksanakan hukum hudud jika memerintah negara dan sy begitu gembira pendirian PAS yg tetap dengan pendiriannya iaitu melaksanakan hukum hudud..

Sebagai umat islam, kita patutya berbangga & gembira dgn pelaksanaan hukum ini tpi apa yg menyedihkan sy ialah ada segolongan umat islam yg terang-terang menentang pelaksanaan hudud..kita siapa utk menentang hukum Allah???!adakah kita lebih hebat berbanding Allah shinggakan berani utk menentang hukum yg sememangnya sudah sempurna?beristighfarlah wahai umat islam yg sentiasa menentng hukum hudud..

semalam pihak TV3 cuba utk mengapi-apikan PR..sy msh teringat lagi kata2 pemberita TV3 yg mengatakan ucapan TGNA bakal memanaskan lagi keadaan..(x berapa ingat kata2 pemberita tu tp mksdnya hmpr samala)..bila dgr TGNA kata,xda pun kata2nya yg akan memanaskan telinga bagi sy kata2 beliau biasa je dan memang patut TGNA kata mcm tu..sy x phm apa yg dikatakan pemberita tu sbgi ucapan yg boleh memanaskan lagi keadaan..

Sy x kisah la psl DAP tu x suka hudud tp yg peliknya org islam sendiri x nk laksanakan hukum Allah ni yg pelik ni..seperti ada udang di sebalik mee..DAP x tau cmna hukum hudud tu dan sebenarnya mereka(non-muslim) xperlu risau pun ttg perlaksanaan hukum tu cz ia xkn digunakan keatas mereka(non-muslim)..hukum ni hanya utk org islam je..buat pe nk risau..

Apapun smoga mereka yg menentang diberi pengajaran & hidayah oleh ALLAH..

Selamat Pengantin Baru!!



Assalmualaikum w.b.t




Sebenarnya dh lama nk wish shbt/shbh yg telah melangsungkan perkhwinan tp x terwish2 pun cz cbuk cket..sy mengucapkan selamat pengantin bru kpada yun,k.adah,sya,k.key n a.taman cz selamat diijakabulkan baru2 ni..maafla cz x dpt dtg.apapun smoga kalian berbahagia hingga ke taman syurga..InsyaAllah..amin ya Allah..




Teruskan Perjuangan kita yg belum selesai..

Tuesday, September 23, 2008

Selamat Hari Lahir

Assalamua'laikum..

Lagu ni ku tujukan kpd suma yg sama befdy dgn aku ari ni..terimalah..

oleh: Saujana
Selamat Hari Lahir
Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai Tanda Sokongan
Kususuri Perjalanan Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku
Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan
Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya Atas Nikmat Usia
Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu
Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir
Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup Haruman Syurgawi

Monday, September 22, 2008

Rintihan hati seorg rkyt...

Assalamuala’laikum dan salam ramadhan..

Moga2 Allah memberikan kita kebaikan dunia dan akhirat..
Kali ni, aq berpeluang utk surf internet setiap hari cz skrg ni aq berada di rumah kakak aq..Selalunya, aq akan melihat berita2 terkini berkaitan politik tanahair dan web yg selalu aq lawati adalh Malaysiakini,tranungkite dan harakah.bila aq baca je berita2 yg disiarkn, aq sentiasa risau..aq juga org islam dan rkyat Malaysia yg mana inginkan keamanan & ketenteraman.tetapi aq terkilan dengan sikap pemimpin kita yg terlalu mementingkan diri sehingga mengabaikan hak rakyat..aq terfikir apakah ini dia contoh pemimpn utk generasi akan dtg???terus-teranglah aq katakan yg sebenarnya aq tidak suka cara sesetengah pemimpin terutamanya from U Means Nothings..dari sekolah menengah lagi aq x suka..selain dari sebab mereka ni x perjuangkn ISLAM,mungkin juga sebab wakil mereka di tempatku tu langsung x mempedulikan kami dan hanya turun padg bila dekat PRU je..aq melihat sendiri bagaimana keadaan kg kami yg selama bertahun2 diperintah oleh mereka ni tapi xda perubahan langsung yg dibuat..klu soal kebajikan pun mereka ni xdpt nak handle, soal agama lagilah susah nk handle..tp bapa aq still lgi menyokong mereka ni. aq xtau nk bagitau cmna lagi supaya beliau fhm..hmmm.Apapun aq mengharapkan perubahan dalam pemerintahan negara dan harapnya akan lebih baik berbanding sebelumnya..

Berbalik kpd psl kerisauanku tadi, aq melihat ISA itu satu kezaliman.tidak sepatutnya ISA digunakan oleh mana2 pihak kerana ia menggambarkan kekejaman dgn menahan seseorg tanpa bicara..ini juga boleh memburukkan lagi imej org islam kerana org yg menggunakan ISA tu, pemimpin negara yg mana dia juga adlah org islam..inikah yg dinamakan ISLAM HADHARI?!itu tidak bertamadun namanya..kerisauan yg seterusnya, berkaitan pemimpin islam yg bertelagah sesama sendiri dan ini sebenarnya memberi keuntungan kpd non muslim..bila islam nk maju klu asyik bertelagah je..aq cdg baik masalah ni diselesaikan shj dgn bergabung di bawah pimpinan ulama’?kan bagus..hehe..

Apala ada pada bangsa yg nk diperjuangkan..islam kan dh cukup sempurna.cukuplah kita memperjuangkan islam.tak kisahlah perjuangkan hak org melayu ka,cina ka, india, dll, yang penting org tu org islam.x payah susah2 fikir pasal perpaduan cz dalam islam sendiri terdapat berbagai2 bangsa yg bersatu..tp aq hanyalah rkyt Malaysia yg x mampu utk menegur mereka di atas dan hanya dapat meluahkan perasaan yg terbuku di hati dlm blog ni je..inilah susahnya jika kita xda kebebasan bersuara menyebabkan kemajuan sukar di capai..klu menentang cket,kita di label pembangkangla, x bersyukur la..apa la..then msuk ISA..hmm..apapun aq mengharapkan perubahan dalam pemerintahan negara dan harapnya akan lebih baik berbanding sebelumnya..

Sempena bulan ramadhan yg mulia ni, sama2 la kita berdoa agar semua gerakan2 islam berjaya memartabatkan syariat islam di seluruh negara. Diingatkan kpd diri ku sendiri dan pejuang2 islam utk tidak bertelagah sesama sendiri dan elakkan menyintai dunia utk menjayakan cita2 utk memartabatkan islam..Semoga Allah SWT memberi kita pertolongan dan petunjuk..

p/s:Kepada semua shabt/shabiah, teguran dan nasihat daripada kalian utk diriku yg dhaif ini amat2lah diharapkan agar aq bisa menjadi lebih baik.Wassalam..

Thursday, September 4, 2008

::Doa Yang Paling utama di malam Qadar::

Doa yang paling utama di malam Qadar
dipetik dari tazkirah ramadhan oleh Ustaz Harun Din.


Seperti yang saya sebutkam dipermulaan tadi “Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yughfarulah”, Memang hairan orang yang dapat hidup sampai Ramadan ini, tetapi dosa dia tidak diampun.

Kalau malam ini malam Qadar, fokus kita selalunya memanglah nak minta hal-hal keduniaan. Kalau kita dapat rasakan dalam perasaan dalaman seorang insan kecil hamba Allah ini apa yang hendak kita mintak di malam Qadar? Saya rasa orang tidak begitu berminat untuk minta supaya diampunkan segala dosa, mereka akan minta yang lain pula, minta saham naik, perniagaan laris, dapat kahwin lagi dua, kaya, mesti pilihan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, sedangkan “Wallah yuridul akhirah”. Allah dan RasulNya lebih mengutamakan penghidupan akhirat itulah yang paling mustahak sekali.

Selama ini pun kita tidak tahu bahawasanya terampunkah dosa-dosa yang telah kita buat? walaupun kita rasa macam dosa itu Allah telah ampunkan.

Ada peluang yang macam ini iaitu malam Qadar atau berpeluang berjumpa dengan orang-orang yang konfirm macam tadi iaitu doa-doa mereka makbul seperti orang-orang yang soleh dan seumpamanya doa yang paling utama dan besar diminta ialah minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita.

Bukan kata orang lain sebagai contoh besar, hatta nabi yang dikatakan “Ghoforollah hu mat taqadaman”, Allah ta’ala ampunkan dosa dia yang telah lalu (jika ada) dan juga ampun untuk yang akan datang.

Tetapi kenapa nabi masih berdoa kepada Allah tiap-tiap hari tidak kurang dari seratus kali iaitu “Astagh firruka humma waatubu ilaih”. Sehari seratus kali , sembahyang baginda, berdoa panjang-panjang sampai dikataka juga (hadith Aisyah) sampai bengkak kaki nabi. Sampai Siti Aisyah berkata kepada nabi, “Ya Rasulullah, kenapalah sampai kamu teruk-teruk beribadah hingga bengkak kaki, sembahyang lama-lama, menangis lama-lama, tidakkah Allah telah ampunkan dosa kamu dahulu dan kemudian?”. Nabi menjawab “Kalau demikian adanya mengapa aku tidak menjadi hamba yang bersyukur”.

Syukur maknanya melakukan ibadah kepada Allah swt. Inilah yang saya katakan tadi, datanglah sistem yang Islam kemukakan kepada ummah, seluruh aktiviti-aktiiti ibadah, penumpuan kepada persiapan-persiapan yang dikatakan “Wa tazau wadu” kesemuanya ditujukan ke arah pembersihan diri, hati, akal dan budi daripada yang dipanggil “al-khush” (yang tidak baik).

Al-Quran memberikan satu analogi iaitu Bumi kalau sudah cantik dan subur dia mudah menumbuhkan pokok-pokok yang bermanfaat dan bagi bumi yang kotor (bagi maksud tidak sesuai ditanam tumbuhan) seperti tempat berbatu dan berpasir, tanam apapun tak tumbuh, kalau tumbuh pun dia tak jadi seperti tempat yang lain.

Maksudnya sama seperti insan, kalau yang disimpan dalam diri kita ini kotor (benda yang jijik) maka tidak akan keluar melainkan yang kotor juga. Kalau dalam diri kita baik, dia akan menumbuhkan yang baik, amal dia baik, kata-kata dia baik, akhlak dia baik, muammalah dia baik dan dia dikatakan orang yang baik.

Allah itu baik, Dia tidak terima amalan melainkan amalan yang baik juga. Sebab itu dari awal Islam datang dah ada sistem seperti contoh ayat-ayat al-Quran yang awal turun surah Al-Mudatsir, firman Allah yang bermaksud “Wahai orang-orang yang sedang tidur, bangunlah kamu beri peringatan kepada manusia (maknanya bergerak dalam satu wadah perjuangan, mengerakkan jiwa diri sendiri dan jiwa insan) dan kepada Tuhanmulah kamu wajib membesarkanNya, jangan mengagungkan yang lain, agungkan Allah swt. sahaja.

Caranya diberikan beberapa analogi seperti apa yang kamu pakai iaitu pakaian biasa, rumah tempat tinggal, kereta yang dinaiki dan apa sahajalah mestilah yang bersih, kamu kena sucikan dia. Sebab ini sangat kena dengan ayat yang nabi hayati. Diantara pakaian yang nabi suka pakai ialah pakaian putih yang melambangkan suci dan bersih. Walaupun kadangkala nabi pakai warna merah dan hitam didalam peperangan tetapi yang paling nabi sukai ialah warna putih.

Sebab itu kita lihat, pakaian haji putih, kain kafan putih (tak pernah nampak lagi kain kafan warna hijau, kain kafan biru lagi tak pernah nampak). Ditempat saya masjid-masjid gunakan kain putih sebagai alas tempat sujud. Serban umumnya putih. Serban nabi putih kadangkala ada yang hijau.

Apabila diluar memakai pakaian putih bersih maka didalam diri perlu buang segala kekotoran. Islam mengajar agar diluar bersih sehingga kedalam diri juga bersih. Kalaulah inilah yang nabi buat dari pada mula memanglah bulan Ramadan ini yang utama ialah untuk membersihkan diri.

Dengan puasa yang kita buat, malam kita bertarawih, berdoa secara bersistematik dari awal ramadan sampai akhir ramadan iaitu doa;

“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni”
(maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).

Kalau dibuat setiap malam dari awal ramadan sampai akhir ramadan pastilah kita jumpa dengan satu malam yang mana malam ini ialah malam Qadar. Sebab dia pasti datang setiap tahun dibulan ramadan. Kalau kena malam itu maka sampailah tujuan tadi kita dapat memohon daripada Allah swt. minta yang paling berharga iaitu bermohon agar Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita. Kalau bertemu demikian kita sampailah kepada matlamat tadi iaitu “La’al lakum tat takun” dengannya kamu bertaqwa, dengannya kamu sampai kepada matlamat yang dikatakan tadi.

“Ya ‘ajaban”, memang menghairankan orang yang sempat datang Ramadan kepadanya dia tidak manfaatkan ramadan itu untuk Allah ampunkan semua dosa-dosanya.

Semua krisis-krisis dunia, semua masalah yang insan hadapi didunia, yang kita hadapi hari ini dalam semua masalah, pergaduhan, hutang yang banyak, akan berakhir bila orang itu mati. Kita berjanji dengan orang, bertelagah, bergaduh, semua krisis-krisis dunia ini kepada seorang insan dia habis bila dia mati.

Tetapi krisis dosa dengan Allah ta’ala khasnya krisis keimanan, krisis kerana kita menyimpan dosa yang melibatkan iman dan sebagainya, didunia dia tidak menampakkan masalah tetapi sebenarnya ia akan bermula apabila telah hampir nak mati, masuk kubur lagi masalah, alam barzakh lagi masalah, sampai kepada alam mahsyar lagi bermasalah puncanya balik kepada dosa tadi.

Sebab itu nabi telah bagi satu garis panduan yang cukup senang kita faham. Kita tidak disuruh minta dimalam Qadar supaya turun emas dari langit, minta agar dikasihani oleh semua orang, minta agar dijadikan ketua selama-lamanya, untung berniaga, bukan itu yang patut diminta. Sebaliknya nabi bagi contoh kalau ini dapat kamu capai walaupun dunia kamu susah sekejap tetapi kamu akan berakhir krisis dunia ini bila kamu mati.

Jika kamu ada dosa ini mati bermula suatu penghidupan yang perit, malah dari sejak nak mati sekalipun sudah bermula, sampai kepada peringkat orang-orang yang “Zalimi an fusu hum” orang-orang yang menzalimi diri mereka dalam kehidupan ini kerana membiarkan dosa, banyak melakukan dosa, tidak cuba untuk membuang dosa, bila nak mati akan datang malaikat kepada mereka dengan pemukul untuk pukul muka, belakang hingga ke punggung mereka. Ia bermula daripada nyawa nak keluar, tergantung-gantung diantara langit dan bumi, diantara barzakh dengan tidak barzakh, masuk kubur terseksa.

Sebab itulah nabi nak lepaskan kita daripada seksaan ini semua, nak pastikan kepada isteri dia Siti Aisyah pun berpesan “Kalau kamu dapat malam Qadar jangan minta yang lain selain daripada minta supaya diampunkan Allah segala dosa”.

Ingatlah juga ketika nabi berpesan kepada orang yang dia sayangi iaitu Umar (bapa mertuanya) dan Ali (menantunya) kalau kamu berjumpa dengan Uwais al-Qarni mintalah supaya Allah ampunkan segala dosa kamu. Begitu juga nabi berpesan kepada sahabat-sahabat yang lain supaya bermohon supaya Allah ampunkan segala dosa.


Oleh : Ustaz Harun Din